Anak Kecil Yang Takut Api Neraka




Assalamualaikum w.r.t.

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa pada suatu hari seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai. Sedang dia leka berjalan menyelusuri  sungai tiba-tiba di dia terpandang seorang kanak-kanak sedang menangis sambil mengambil wudhuk.



Hairan dengan apa yang dilihatnya, lalu orang tua itu menghampiri kanak-kanak itu dan bertanya , "wahai anak kecil kenapa kamu menangis ? " Maka berkata anak kecil itu, " Wahai pak cik saya telah membaca Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum " 
(bermaksud : "wahai  orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu" ) saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."



Tersenyum orang tua itu  mendengar jawapan kanak-kanak tersebut, lalu dia berkata " wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka "



Sebaik mendengar kata-kata orang tua itu anak kecil itu pun lantas berkata " wahai pakcik , pak cik adalah orang yang berakal , tidakkah pak cik lihat kalau orang menyalakan api maka pertama sekali mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan yang besar . Jadi tentulah saya yang kecil ini akan di bakar dahulu sebelum di bakar orang dewasa ."



Kata-kata kanak-kanak itu membuatkan orang tua itu menangis dan berkata,  " sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti ? "



sumber : info Majalah Iman edisi 3 m/s 12

2 comments:


ALHAMDULILLAH , JAZAAKALLAHU KHAIRA (: