Semester 1 :)

Assalamualaikum w.b.t. sekarang ini bermula cuti semester.Cuti bermula pada  2 oktober hingga 9 disember bersamaan 1 bulan 2 minggu. Setelah hampir 6 enam bulan kami menimba ilmu , menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dan akhirnya kami menduduki peperiksaan akhir semester.Alhamdulillah peperiksaan berjalan dengan lancar dan berdoa serta bertawakal agar diberikan keputusan yang terbaik insyaallah.



Teringat kembali dimana kali pertama menjejaki di bumi tarbiyyah ini banyak mengajarku erti kehidupan sebagai pelajar IPT, suasana dan persekitaran jauh sama sekali berbeza dengan alam persekolahan. Di sini sistem pembelajaran berbeza, dengan pelajar-pelajarnya yang lebih berusia daripada kami. Di sini peraturan amat sistematik pelajar-pelajar perempuan hanya di benarkan tudung yang berjahit sahaja dan labuh mengikut kesesuaian, selain daripada itu tidak dibenarkan sama sekali..itu yang membezakan kami pelajar kolej ini dengan pelajar kolej yang lain :)



Walaupun institut pengajian kami tidak se-Gah Uni ternama yang lain, tapi kami berbangga menjadi pelajar disini ia mendidik akhlak dan sahsiah kami menjadi insan kamil yang berjaya serta seimbang antara ilmu dunia dan ilmu akhirat :)



Pensyarah- pensyarah yang berpengalaman dan berilmu serta ceria dengan pelajar2 nya membuatkan kami selesa dan seronok berlajar di sini. Sahabat-sahabat di sini tidak kurangnya juga saling hormat-menghormati tidak mengira usia sama ada senior mahupun junior kami saling membantu. :)



No comments:

Post a Comment


ALHAMDULILLAH , JAZAAKALLAHU KHAIRA (: