manusia hari ini suka berperasangka ?

                                                                        


assalamualaikum w.r.t.

Ada sangkaan baik..
Ada sangkaan buruk..

orang beribadah di sangka riak,
orang relaks disangka malas,
berbaju baru disangka menunjuk,
orang berbaju buruk disangka zuhud ( hina )
orang makan banyak disangka pelahap,
orang makan sedikit disangka diet,
orang senyum disangka mengejek,
orang masam disangka merajuk,
orang bermuzakarah disangka mengumpat,
orang diam disangka menyendiri,
orang menawan disangka memakai susuk,
orang tampak ceria disangka ada membela.........


mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah s.w.t.
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya.
mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya...


jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api
satu benda yang kita lihat
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat
semuanya bergantung bagaimana kita mentafsirkannya..

waallahualam (:

No comments:

Post a Comment


ALHAMDULILLAH , JAZAAKALLAHU KHAIRA (: