TIADA SIARAN ULANGAN.

assalamualaikum w.r.t.




Suka atau tidak, hidup kita ini tidak mempunyai siaran ulangan. Cubalah sehebat mana pun teknologi canggih, pasti tidak dapat mencipta alat yang membolehkan siaran channel hidup lama kita bersiaran secara langsung semula, cuma yang mampu ialah siaran muhasabah diri yang tidak boleh diubah lagi dan telah menjadi diary kita yang lalu.


Disebabkan dengan hakikat inilah, Allah menyuruh kita agar memanfaatkan setiap saat yang datang kepada kita. Allah menyuruh kita agar mengerjakan segala urusan pada hari ini lebih baik daripada hari semalam. Suruhan ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menjadikan kita sebagai seorang manusia yang berguna dan tidak pernah kenal erti 'menyesal dikemudian hari'.


Cuba lihat disekeliling kita, berapa ramai yang mengeluh dan mengeluarkan kata-kata kesesalan sambil menitiskan air mata. Dahulu mereka menyangka, bahawa "mereka mampu mengubah semula waktu yang telah berlalu tanpa menyangka bahawa perbuatan itu hanya sia-sia belaka.


Kalau kita melihat perseptif yang lebih jauh lagi, adakah kita mahu mengadaikan waktu yang digengaman kita ini dibuang begitu sahaja? Mungkin kita tidak tahu nilai sebenar setiap detik itu hadir dan berlalu kerana ia bersifat ghaib, tetapi nescaya manusia akan berlumba-lumba memanfaatkan setiap detik itu jika mereka tahu bahawa nilainya ialah bertrilion ringgit.

 

Nasi telah menjadi bubur basi atau boleh dimakan lagi?



Renung pada diri sendiri, berapa banyak nasi (waktu) kita yang telah menjadi bubur ? Serta berapa banyak buburkah yang telah disempurnakan menjadi bubur basi yang akhirnya dibuang begitu sahaja?


 Setiap daripada kita pasti mengakui bahawa begitu banyak masa muda telah dibuang begitu sahaja. Tetapi percayalah, masa lalu yang terbuang itu boleh menjadi penawar duka yang kita sedang alami sekarang. Jom kita ubah masa lalu menjadi bubur yang boleh dimakan lagi. Muhasabah diri sendiri dan ambillah sebanyak mungkin teladan yang boleh dijadikan pengajaran dan pedoman hidup kita agar kita tidak akan rugi lagi di masa hadapan.


Tetapi, agak keras untuk dikatakan kepada manusia yang sengaja membiarkan bubur mereka menjadi basi itu ialah golongan yang bodoh sombong dan tidak cerdik dalam menjadi seorang manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.


Ayuh, kita lakukan perubahan dari sekarang dan bermula saat ini, kita jadikan bubur kita mengenyangkan dan lazat di masa hadapan =)


Sayangilah waktu berharga anda sekarang sebelum ia pergi mengucapkan selamat tinggal buat selama-lamanya.

link :     SINI. motivasi

No comments:

Post a Comment


ALHAMDULILLAH , JAZAAKALLAHU KHAIRA (: