MuTiArA KaTa.


Sesiapa Yang Allah Kehendaki Kepadanya Kebaikan ,Nescaya Allah Mengujinya.


Daripada Ibn Umar,Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalanan (riwayat al-Bukhari)


Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas
daripada SABAR.


Abu Musa al-Asyari,Nabi Muhammad s.a.w. "sesungguhnya seorang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan, Sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain. (riwayat al-Bukhari dan muslim)


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
sesiapa yang tidak mengasihani manusia,nescaya Allah s.w.t. tidak mengasihaninya. (riwayat al-Bukhari dan muslim)


daripada Abdullah bin Umar r.a. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: seorang muslim adalah saudara kepada seorang mulim yang lain , ia tidak menzalimi dan tidak menghinanya. (riwayat al-Bukhari dan muslim)



daripada aisyah r.h.a Nabi Muhammad s.a.w. bersabda
"sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah-lembut pada setiap perkara (riwayat al-Bukhari)




daripada Abu Hurairah,Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda,tetapi kekayaan sebenarnya ialah kekayaan Jiwa. (riwayat al-Bukhari dan muslim)



selawat dan salam atas Rasulullah s.a.w. yang maksum yang akan menghilangkan kegundahan,
yang membuang keresahan,yang menyembuhkan hati yang terluka,membukakan pintu ilmu dengan pintu tersebut di peroleh keutamaan yang telah di bahagi-bahagi.



sesungguhnya semua urusan tidak dapat diraih
kecuali dengan rasa tawakal kepada Allah s.w.t. dan memohon pertolongan kepada-Nya



Tawakal bukan sahaja berkaitan dengan urusan duniawi dan mencari rezeki semata-mata
bahkan diharuskan pula dalam masalah beribadat kepada Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment


ALHAMDULILLAH , JAZAAKALLAHU KHAIRA (: