Bila Cinta Itu Hadir.

assalamualaikum w.r.t.

Sejak kebelakangan ini, manusia kian lupa pada cintanya. Hari berlalu tanpa cinta dan yang tinggal hanya kenangan indah cinta yang kini telah ditelan sejarahnya. Pada saat ini lah, cinta itu berlagu sepi. Hanya disahut dengan sekelompok manusia yang benar-benar memerlukan cinta itu.

Hilangnya cinta itu benar-benar mengusik jiwa yang sedang diracuni oleh sang bayang-bayang yang rakus. Ia menusuk hat-hati manusia sehingga membuatkan manusia itu lebih mencintai yang fana.

Sedikit demi sedikit, cinta itu jatuh dari harapan. Ia pergi sambil meninggalkan kesan tapi tiada siapa yang mahu ambil peduli.

Namun, cinta itu pasti akan kembali. Tetapi, barangkali ia sudah melewati waktu untuk disempurnakan semula. Ingatlah wahai sekalian manusia, cinta itu pasti akan menemui anda. JANGAN tangisi jika ia sudah terlambat.


Ketahuilah bahawa cinta itu ialah cinta manusia kepada Pencipta. Jika cinta itu sudah luput di hati ketika dicampakkan ke dunia, maka ketahuilah, anda pasti memerlukan cinta itu kelak di akhirat. Namun, ia mungkin sudah terlambat. Nasi telah menjadi bubur. Pergilah manusia yang bersama cinta yang fana itu yang sudah tercatit di pintu neraka.

Hadirnya cinta itu dibumi kerana kasih sayangNya kepada manusia. Tetapi pelik, mengapa masih ada lagi yang enggan menerimanya walhal sebelum manusia dilahirkan lagi, semua sudah bersumpah bahawa Allah itu Tuhan sekalian alam.

Setialah bersama cinta itu. Semoga cinta itu dibalas dengan sesuatu yang indah buat diri kita di akhirat kelak.

Link : DISINI

No comments:

Post a Comment


ALHAMDULILLAH , JAZAAKALLAHU KHAIRA (: