Jasamu duhai Guruku..

Assalamualaikum,

Tanggal 16 Mei merupakan antara tarikh yang dinantikan oleh para pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah hihi.Maka kedai cenderahati akan dipenuhi oleh para ibu bapa dan anak-anak untuk membeli hadiah kepada guru mereka tanda penghargaan kepada guru mereka yang bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu hehe. Para guru tidak mengharapkan balasan hadiah semata, tetapi kejayaan anak muridnya dalam pelajaran dan kehidupan.Oleh itu, hormati dan sayangi lah serta hargai guru-guru kalian.

Haaa, saya rindu zaman sekolah dulu herher~ betul kata orang antara zaman yang paling diingati ialah zaman alam persekolahan.Rindu Guru-guru yang mendidik kami dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan dalam memberikan ilmu kepada kami.Cikgu yang saya ingati sehingga sekarang ialah Cikgu Azizah hihihi beliau ialah guru matapelajaran kimia..dan beliau merupakan guru yang mempunyai krakter yang tersendiri ^__^  seorang guru yang penyayang, serta berdisiplin.Cikgu ini telah mengajar kami menepati masa,hehe kelas Kimia kami berada di makmal, kami akan berjalan pantas untuk sampai ke makmal haha .Rindu cikgu Azizah ^_^

Kepada Guru-guru Tadika A'asyura, Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching dan SMK Bandar Rinching, terima kasih atas jasamu  mencurahkan ilmu kepada kami.Kami sangat-sangat menghargai pengorbanan guru-guru yang sanggup bersusah-payah mendidik kami. SELAMAT HARI GURU saya ucapkan..

Wahai guru yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati

Ya ALLAH piliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga

Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna







Benarkah Perasaan Itu?

Assalamualaikum,

Di saat kita jatuh cinta di usia remaja, marilah kita pastikan sekali lagi, apakah benar ini cinta? atau hanya perasaan kagum yang hadir secara tiba – tiba? kita tidak mampu menahan kekaguman pada dia yang sangat cantik jelita, hensem dan kacak. Kita tidak mampu menahan dari berkata kepada dia, “cantiknya!” “hensemnya!”

Apakah ini hanya perasaan sesaat kita sahaja? Atau benar – benar cinta?

Boleh jadi ia hanya perasaan sementara kita sahaja. Kita yang masih muda, beranjak dari masa kanak – kanak kita, kemudian menduduki usia remaja dan sangat memungkinkan mengalami perasaan ini. Mencuri – curi pandang gadis di pinggir jalan, memandang dengan perasaan malu tapi mahu. Hanya sekadar kagum dan mencuba menjadi orang yang istimewa di hatinya. Hanya ingin tahu siapa namanya, ingin sekadar hanya ingin tahu dimana rumahnya dan hanya  ingin bahagia saat melihatnya. Ini hanya sesaat sahaja, ini hanya cinta monyet.

Kita berasa ingin menjadi seperti orang lain, yang memiliki teman istimewa, sentiasa berSMS, berjalan berdua-duaan di pusat membeli belah atau keluar melihat wayang selepas pulang dari sekolah atau kuliah. kita ingin menjadi seperti itu. Sebuah keinginan yang bukan kerana cinta, tetapi hanya sebuah ikut – ikutan. Definisinya pun kadang – kadang ramai diantara kita tidak tahu.

Teliti lagi, apa itu cinta? Atau ia hanya perasaan kita yang ingin mendapatkan perhatian? Selama ini kita kurang mendapatkan perhatian dari orang tua. Kita ingin dimanja, kita ingin diperhatikan dan dihargai sebagai seorang manusia. Dicintai sepenuh hati, disayangi sepenuh kasih sayang dan dimanusiakan sebagai seorang manusia. Apakah perasaan itu yang mendominasi kita? Perasaan yang sangat manusiawi dan tidak perlu mencintai wanita cantik bila kita memerlukannya.

Kita seharusnya mencintai ibu bapa, yang akan memberikan segalanya kepada kita. Boleh jadi ini hanya sebelum ini kita tidak pernah melihat wanita cantik atau lelaki kacak. Sehingga sekali melihatnya, kita terkena pesonanya. Kita tidak berkuasa menahan godaannya dan kemudian terbelit lantaran kecantikannya dan kekacakkannya.

Ini bukan cinta, ini hanya perasaan sementara sahaja.

 

Masa muda, hanya merasakan apa itu perasaan, tetapi tidak pernah tahu apa erti perasaan itu. Boleh jadi ini hanya feeling simpati, tafsiran sahaja. Kita berasa ingin memuji dan kagum dengan peribadi dia, dengan cantiknya dia dan dengan apa yang dia miliki sekarang.


Bukan cinta, hanya tafsiran sahaja.






ALHAMDULILLAH , JAZAAKALLAHU KHAIRA (: