Jasamu duhai Guruku..

Assalamualaikum,

Tanggal 16 Mei merupakan antara tarikh yang dinantikan oleh para pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah hihi.Maka kedai cenderahati akan dipenuhi oleh para ibu bapa dan anak-anak untuk membeli hadiah kepada guru mereka tanda penghargaan kepada guru mereka yang bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu hehe. Para guru tidak mengharapkan balasan hadiah semata, tetapi kejayaan anak muridnya dalam pelajaran dan kehidupan.Oleh itu, hormati dan sayangi lah serta hargai guru-guru kalian.

Haaa, saya rindu zaman sekolah dulu herher~ betul kata orang antara zaman yang paling diingati ialah zaman alam persekolahan.Rindu Guru-guru yang mendidik kami dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan dalam memberikan ilmu kepada kami.Cikgu yang saya ingati sehingga sekarang ialah Cikgu Azizah hihihi beliau ialah guru matapelajaran kimia..dan beliau merupakan guru yang mempunyai krakter yang tersendiri ^__^  seorang guru yang penyayang, serta berdisiplin.Cikgu ini telah mengajar kami menepati masa,hehe kelas Kimia kami berada di makmal, kami akan berjalan pantas untuk sampai ke makmal haha .Rindu cikgu Azizah ^_^

Kepada Guru-guru Tadika A'asyura, Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching dan SMK Bandar Rinching, terima kasih atas jasamu  mencurahkan ilmu kepada kami.Kami sangat-sangat menghargai pengorbanan guru-guru yang sanggup bersusah-payah mendidik kami. SELAMAT HARI GURU saya ucapkan..

Wahai guru yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati

Ya ALLAH piliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga

Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna







1 comment:

  1. A'ah betul2.rindu dkt Cikgu Azizah.Kt ingat lg masa first time kelas kimia tu.Rehat dekat depan makmal.Beli roti lepas tu makan depan makmal.Hehehe.Kelakar betul.Selepas tu,kena beratur sblum nak masuk.beg kena susun.

    ReplyDelete


ALHAMDULILLAH , JAZAAKALLAHU KHAIRA (: