Langkah BerMulaaa..

Assalamualaikum w.b.t. alhamdulillah di pagi hari..di hari yang baru..Allah masih memberi kita peluang untuk menjalani kehidupan..masih diberikan peluang untuk memperbaiki kekurangan diri..memberikan kudrat kepada kita..alhamdulillah..Ya Rahman..Ya Rahim..

Hampir sebulan saya berada di sini, dan bermula lah rutin harian sebagai seorang mahasiswi di kolej islam pahang sultan ahmad shah ( hehehe, panjangnya) semester baru ini, saya rasakan banyak perubahan..dari segi pembelajaran..dengan pertambahan jam kredit berbanding di semester satu..dan subjek-subjek yang lebih menguji minda untuk berfikir..ia memerlukan persediaan yang rapi agar kita dapat mengikuti sesi pembelajaran..dan di semester ini banyak mengajar saya erti ukhuwah persahabatan dan kerjasama antara satu sama lain..kebanyakkan assigment ( betul tak ejaannya ? ) berkumpulan ^__^ haaaa, memerlukan persefahaman dan kerjasama yang penuh.


sesi kuliah ^_^ haaaa, tak sangka ...ada beberapa subjek bergabung dengan pelajar-pelajar senior yang berlainan jabatan fuuuu~ contohnya senior semester 5 dari jabatan syariah..mungkin ia agak janggal dan baru bagi saya, sebab pada semester 1 kuliah kami hanya bergabung dengan pelajar semester 1 sahaja..
tapi ia tidak menghalang saya untuk menimba ilmu, malah kami boleh berbincang bersama-sama senior yang lebih berpengalaman dari kami..kami kanak-kanak baru belajar, banyak kekurangannya..memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan..^_^  waallahualam..


* rindu..suasana semester 1... baru mengenali alam ipt, masih mencari-cari erti kehidupan ^__^ *

No comments:

Post a Comment


ALHAMDULILLAH , JAZAAKALLAHU KHAIRA (: