Ukti Yang Di Kasihi






Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan bintang-bintang, nescaya kau kan temui berjuta keagungan ciptaan Rabbul ‘Alamiin. Betapa hidup ini berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan pengertian. Hari-hari yang dilalui sebenarnya menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat. Sedarlah, hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan. Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri; alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-apa. Salutilah tubuhmu dengan Iman, kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan. Bersihkanlah hatimu, kemanisan Iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan.

No comments:

Post a Comment


ALHAMDULILLAH , JAZAAKALLAHU KHAIRA (: