Sunnah Baginda S.A.W.

Assalamualaikum w.b.t.

Tidak mahu berjanggut? Malu menyimpan janggut kerana kelihatan tidak kacak atau selekeh? Atau tidak mahu memahami serta mengamalkan sunnah Rasulullah SAW?

Jangan khuatir, berjanggut tidak akan menghalang untuk mencapai dan memperolehi kemajuan yang diimpi dan dicita-citakan. Samada kemajuan duniawi atau akhirat. Dengan berbekalkan niat ikhlas kerana Al
lah SWT - insyaAllah kita akan beramal ibadah dengan mentaati perintah Rasulullulah SAW bagi mendapat keredhaan Allah SWT.

TAMBAHAN:


Pakai jubah adalah sunnah Rasulullah SAW - dapat pahala apabila memakai jubah - tetapi masa tido dah tak pakai jubah dah..

Pakai kopiah adalah sunnah Rasulullah SAW - dapat pahala apabila memakai kopiah - tetapi masa tido dah tak pakai kopiah dah..

Pelihara janggut adalah sunnah Rasulullah SAW - dapat pahala kalau pelihara janggut dan cukur/nipiskan misai - insyaAllah dapat pahala 24 jam sehari, setiap hari, 7 hari seminggu, sampai ajal..selagi janggut ada..

Sahabat-sahabat - ingat..kita di dunia ni sementara sahaja dan malaikat tak jemu menulis dan mencatat amalan kita baik pahala atau buruk dosa kita bagi bekalan kita untuk perjalanan yang seterusnya - bekalan amalan sahaja yang akan dibawa - jadi sebaiknya kita sama-sama penuhkan amalan yang baik. InsyaAllah dengan berniat ikhlas kerana Allah SWT.

Bagi yang tak tumbuh janggut tu takpa - doa insyaAllah dapat tumbuh janggut supaya dapat melaksanakan sunnah Rasulullah SAW walaupun sedikit, sehelai atau dua..tak semestinya janggut tu lebat baru dapat buat..janji - tak cukur janggut - sebab lain org lain kadar pertumbuhan janggut hehe kalau bab misai mesti di cukur nipis atau pun kemaskan supaya tak tebal atau panjang ataupun tak terkena bibir..ingat apabila kita mencukur misai - sedarlah kita telah melaksanakan perintah Rasulullah SAW iaitu mencukur misai - so..happy la yakin dapat pahala..InsyaAllah

Ada satu kisah zaman Nabi SAW, lebih kurang camni bunyi dia:

Ada seorang pemuda, janggut dia ada beberapa helai jer, so ada sehari tu, dia tengah ambil wudhu', pastu bila habis dia berwudhu' dia ternampak Rasulullah SAW tengok dia sambil tersenyum. Pemuda ni pun hairan la kenapa Rasulullah SAW tersenyum dan terfikir yang Rasulullah SAW gelak disebabkan oleh janggut dia yang sikit tu..jadi dia pun rasa malu..so bila dia balik dia gi cukur janggut dia..so esok dia gi wudhu dan tapi kali ni..muka Rasulullah SAW merah dan tak senyum pun..so dia hairan plak dan kali ni dia jumpa Rasulullah SAW dan tanya, kenapa semalam tersenyum dan hari ni tak plak? Jadi Rasulullah SAW pun cakap yang semalam dia tersenyum sebab dia nampak Malaikat/Bidadari menadah tangan untuk menyambut air2 yang jatuh dari janggut pemuda itu tapi hari ini tak ada..
 
 
 
sumber :  FB Di sini....

No comments:

Post a Comment


ALHAMDULILLAH , JAZAAKALLAHU KHAIRA (: