assalamualaikum w.r.t.
1. BERDOA.
doa adalah senjata bagi orang mukmin.Oleh itu sentiasalah berdoa kepada Allah s.w.t. agar diperkuatkan dan dipelihara iman kita.Yakinlah apabila setiap kali berdoa, kerana doa mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.
2. MEMPERBANYAKKAN AMALAN-AMALAN SUNAT.
seperti solat,puasa dan lain-lain.Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : 'puasalah yang paling di sukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa nabi Daud a.s. dan yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah solat nabi Daud a.s.
3.MEMBACA AL-QURAN.
Bacalah Al-quran serta tafsirnya supaya kita sentiasa bermuhasabah diri. Dengan membaca serta mengamalkan segala isi kandungan Al-Quran bukan sahaja dapat memupuk jiwa yang tenang dan membentuk keperibadian muslim yang sejati malah mendapat ganjaran yang besar dari Allah s.w.t.
4.MELAKUKAN SOLAT MALAM.
Firman Allah yang bermaksud : ''Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya , sebagai sembahyang tambahan bagimu ; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.'' (surah al-isra':79)
5.SENTIASA BERZIKIR.
Zikir adalah terapi hati yang paling berkesan dan boleh mendatangkan ketenangan jiwa dan fikiran dan boleh mendatangkan ketenangan jiwa dan fikiran . Malah, Nabi sendiri memperkatan mengenai zikirullah ini.Abdullah bin Busr meriwatkan Rasulullah s.a.w.di tanya seseorang : ''wahai Rasulullah ,banyak syarat islam saya ketahui.Sekarang,beritahu saya sesuatu yang sentiasa saya dapat lakukan ! '' kemudian Rasulullah s.a.w bersabda :"Basahi lidahmu dengan berzikir kepada Allah ." (hadis riwayat At-Tirmizi, ibnu Majah dan Ahmad)
6.BERSEDEKAH.
Rasulullah s.aw. menganjurkan kita umatnya untuk memperbanyakkan sedekah , hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah s.w.t. berikan kepada kita menjadi bertambah berkat.
7.MENGHADIRI MAJLIS ILMU.
Ganjaran berada di majlis ilmu terlalu besar di sisi Allah s.w.t. Daripada Ibnu Darda 'ra berkata.Aku telah mendengar Nabi s.a.w. bersabda : ''Barangsiapa yang menjalani jalan ilmu bererti ia telah menjalani suati jalan daripada jalan-jalan syurga. Sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya kerana redha bagi orang yang menuntut ilmu..." (hadis riwayat Abu Daud )
8.ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH.
Didiklah anak-anak dengan pendidikan agama yang sempurna .Dari Abu Hurairah r.a. , bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda :''Bila seorang hamba telah meninggal , segala amalnya terputus , kecuali tiga hal : amal jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh mendoakanya ". (hadis riwayat Bukhari , dalam Adabul Mufrad).
info : majalah Iman.
Sama sama kita amalkan :-)
ReplyDeleteinsyaALLAH.. ^_^
Delete