assalamualaikum w.r.t.
Rasanya, agak begitu lama jemari ini kaku membisu di Langit Ilahi ini. Begitu terasa kecemburuan masa dan singkatnya kesempatan untuk bersama berkongsi cita dan harapan. Walaupun begitu banyak kerinduan yang terkumpul dan begitu banyak perasaan dan harapan yang ingin dikongsikan.
Kesibukan adalah sebahagian dari kehidupan kita bahkan sebahagian dari diri kita. Jika kita tidak terasa kesibukan itu berada disisi kita mungkin itulah tandanya jiwa kita telah mati atau melupakan kehidupan.
Kesibukan adalah warna yang mengindahkan kehidupan dan setia menanti disetiap persimpangan jalan. Kita perlu buat pilihan apa yang ingin kita sibukkan. Jika kita tidak sibuk dalam amalan kebaikan maka kita akan sibuk dalam dosa dan kemaksiatan. Kata ulamak; Alangkah ruginya seseorang yang sibuk tetapi seluruh kesibukannya adalah untuk dunia yang sementara bukan Akhirat yang kekal abadi.
Hidup ini adalah perjalanan pulang menuju Allah SWT. Setiap detik waktu yang kita lalui, setiap hari baru yang kita temui dan setiap pertambahan umur kita mendekatkan kita kepada kematian. Setiap hari umur kita semakin berkurangan bukan bertambah. Bahkan kematian itu sebenarnya begitu hampir dengan kita dan akan datang bila-bila masa tanpa izin dan kerelaan kita.
Setiap hari begitu ramai manusia yang seumur kita dipanggil pulang mengadap Allah SWT bahkan ada yang jauh lebih muda dari kita. Apa yang menjadikan kita begitu yakin akan bertemu fajar esok.
Sahabat-sahabat Rasul R.A tidak pernah yakin akan hidup sampai keesok hari. Kata Saidina Ali RA, ia hanya pernah sekali merasa begitu yakin akan hidup untuk hari esoknya; ketika mana Rasulullah SAW memintanya menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya. Sebelum berhijrah meninggalkan Saidina Ali di posisi yang begitu bahaya baginda berpesan agar ia memulangkan semua harta yang disimpan oleh baginda kepada pemilik-pemiliknya. Pesanan baginda Rasulullah SAW itulah yang menjadikan dirinya begitu yakin akan hidup sampai kehari yang seterusnya.
Mereka (para sahabat) benar-benar mencintai akhirat bahkan mereka adalah anak-anak akhirat yang melihat dunia dari jendela kematian. Dunia bagi mereka begitu sementara, seketika dan sekadar laluan sementara. Seluruh kesibukan mereka ditumpukan kepada persediaan untuk balik kepada Allah SWT. Sikap mereka terhadap dunia begitu dingin dan gersang. Mereka tidak mengeluh dengan kepayahan dan kesakitan dunia kerana itu bukanlah musibah sebenar bagi mereka sebaliknya fenomena biasa bagi dunai sebagai pentas ujian dan medan amal. Bagi mereka musibah yang sebenar ialah musibah yang menimpa hati mereka hingga mereka kufur dan hidup bergelumang dosa atau sekurang-kurang ragu-ragu terhadap kesempurnaan Ilmu, Keadilan dan Kasih Sayang Allah SWT.

Aduhai jiwa yang bersalut dosa
Betapa kesementaraan ini mengugah rasa
Betapa kekerdilan diri ini
Menumbuhkan harap dan asa
Untuk sekelumit rahmat dan pengampunanNya
Aduhai jiwa yang sering terleka
Betapa sering diri ini ketinggalan masa
Untuk belajar menghargai
Atau bersedia menanti hari
Agar terwarna makna hakiki
Aduhai Pemilik jiwa yang kerdil ini
Betapa kami mengharapkan taufiq dan hidayah Mu
Betapa ingin kami menjadi hamba Mu
Hidup dalam ketaatan
dan dijemput pulang dalam kerahmatan
Aduhai Pemilik jiwa yang alpa ini
Terimalah keuzuran kami
Agar redhaMu sentiasa menyinari hati dan hidup kami
No comments:
Post a Comment