Selawat ke atas nabi adalah sebagai salah satu cara bagi kita menyampaikan rasa kasih dan cinta kepada junjungan besar SAW. Selain selawat, hendak menunjukkan rasa kasih mestilah dibuktikan dengan mengamalkan sunnah baginda, menjaga akhlak dan amalan kita, juga meneruskan perjuangan dan warisan yang telah Rasulullah SAW tinggalkan untuk kita.
Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud;
“ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .” ( Surah Al-Ahzab : ayat 56 )
Banyak kelebihan dan faedah berselawat ke atas Nabi sebagaimana yang disebut oleh para ulama'. Syeikh Abd al-Kadir al-Jilani al-Hasani r.a menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan bahawa Ibn Farhun menyatakan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW mempunyai empat puluh dua kelebihan sebagaimana ditulis dalam kitabnya Hadaiq al-Anwar.
Kelebihan selawat :
1. Melaksanakan perintah Allah SWT
2. Bersama dengan selawat Allah SWT kepada Rasulullah SAW
3. Bersama dengan selawat para malaikat
4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah SWT atas setiap kali selawat yang
diucapkan (selawat daripada allah bererti rahmat)
5. Dikurniakan oleh Allah SWT sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan Allah SWT
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW
10. Mendapat keampunan daripada allah SWT serta ditutup segala keaiban
11. Allah akan menutup segala dukacita
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah SAW
13. Mendapat darjat al-Sidq
14. Ditunaikan segala hajat
15. Selamat sejahtera pada hari qiamat
16. Allah SWT dan para malaikat akan berselawat ke atas orang yang berselawat
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah SWT dengan balasan syurga
18. Selamat sejahtera pada huru-hara hari qiamat
19. Rasulullah SAW akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang diucapkan
20. Mudah mengingati perkara-perkara yang lupa
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari qiamat serta tidak kecewa pada hari itu
22. Tidak akan merasai fakir
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil (kedekut)
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah SAW kepada orang yang berselawat
25. Selawat akan menjemput pengucapnya ke jalan syurga
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut Allah
dan RasulNya daripada majlis-majlis melalaikan
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut الحمدلله رب العالمين (dalam
doa), disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad
28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari qiamat
29. Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh
30. Disambut oleh Allah SWT pada hari qiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah
32. Mendapat keberkatan daripada Allah
33. Mendapat kesempurnaan iman
34. Kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW
35. Mendapat hidayah daripada Allah
36. Setiap selawat yang dibacakan akan dibentangkan di hadapan Rasulullah SAW secara
langsung
37. Teguh pendirian dengan kebenaran
38. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah ke atas diri
kita. Di samping itu ia dianggap menshukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan
mengutus Rasulullah kepada kita
39. Berselawat juga bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah ke
atas Rasulullah dan kepada diri sendiri
40. Berselawat bererti zikrullah, bershukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurniakan
oleh Allah SWT
41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah menjelmanya gambaran
Rasulullah SAW dalam jiwanya
42. Dikurniakan Allah maqam seorang syeikh dan murabbi
No comments:
Post a Comment