FIKIR sebelum CAKAP..


assalamualaikum w.r.t. sahabat-sahabat ku :)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud "sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata-kata yang baik atau diam" (riwayat al-bukhari dan muslim )

dalam mengulas hadis ini , imam al-syafi'i berkata bahawa Rasulullah s.a.w. menyarankan kita agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata.Jika apa-apa yang akan kita sampaikan ada baiknya , maka teruskanlah.Tetapi jika bimbang akan menimbulkan keburukan ,maka adalah baik kita diam sahaja.

Pada kebiasaannya ,kita hanya akan berkata-kata yang baik-baik sahaja jika mahu orang lain rasa selesa bergaul dengan kita. Kita akan mengelakkan daripada mengeluarkan perkataan yang akan menyinggung perasaan atau menyebabkan sakit hati.

Berkata-katalah hanya yang perlu sahaja , tanpa meleret-leret dan panjang lebar.Rasulullah s.a.w. sendiri ketika berbicara hanya mengeluarkan kata-kata yang sedikit tetapi dapat menjelaskan banyak hal..

Menurut Abu Muhammad bin Abu Zaid , setiap hadis yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. mengandungi banyak makna yang amat hebat dan mendalam . Kesemua pesanan Nabi Muhammad s.a.w. dalam hubungan dengan manusia ( ' hablum minannas ) dibangunkan atas prinsip-prinsip berikut :

1. sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat , hendaklak ia berkata baik atau diam.

2.salah satu tanda baiknya seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.

3. Jangan mudah marah.

4.tidak sempurna iman seseorang antara kamu sehingga ia mencintai kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mencintai kebaolam untuk dirinya.

Seseorang pernah ditanya, "Mengapa engkau selalu diam ? " Dia menjawab , " Aku tidak akan menyesal kerana diam , tetapi aku sering menyesal kerana banyak bercakap " , walaubagaimana pun , tidak boleh bersikap diam terhadap kebenaran kerana ia akan menyebabkan kemungkaran bermahajaralela.

Al-imam al-Mawardi yang merupakan salah seorang ulama tafsir yang terbilang menjelaskan dalam tafsirnya berkaitan tuntutan menjaga percakapan , bahawa setiap perkataan yang dilontarkan hendaklah memenuhi syarat-syarat :

1. Isi kandungan percakapan itu haruslah untuk sesuatu keperluan.

2.Ia disampaikan sesuai dengan tempat dan masanya.

3.ia berfokuskan pada perkara yang berkaitan dengan apa yang sedang dibicarakan.

4.ia disampaikan sesuai dengan keperluan

5.memilih kata-kata tepat , ringkas dan padat agar sampai maksudnya.

Tanpa mengambil kira fakta-fakta ini..dibimbangi ia akan mendekati perkara-perkara "lagha"
yang menyebabkan pelakunya dipersalahkan di sisi Allah s.w.t


sumber : Majalah Gen-Q, niat suci teks oleh mahfuzah omar..wallahualam

No comments:

Post a Comment


ALHAMDULILLAH , JAZAAKALLAHU KHAIRA (: