
wahai ukhti , tebarkan hijabmu menjadi perisai duniawi
wahai ukhti , indahkan bibirmu dengan berzikir dan beristighfar kepada-Nya
wahai ukhti , kuatkan dirimu dengan wujudnya ukhuwah diantara kita
wahai ukhti , tenangkan dirimu dengan senantiasa mengingati antara kita
wahai ukhti , cantikkanlah hati kita dengan bersangka baik
wahai ukhti , andai ada yang menyangkal , Ingatlah ada DIA disamping kita
~~ ♥ SIFAT MALU WANITA ISLAM ♥ ~~
Seorang wanita Islam itu berhias dengan sifat malu dan berkongsi dengan kaum lelaki dalam memakmurkan bumi dan mendidik generasi-generasi dengan kesucian sifat kewanitaan yang terpelihara dari keaiban .Bersama dengan sifat malu itu yang tampak pada caranya berjalan,jelas juga ketinggian keperibadian dan keluhuran akhlaknya pada kata-kata yang jelas dan terang.
Ianya merupakan sifat malu yang dijadikan sebagai perisai diri.Disebabkan kesucian dan keteguhan ukhti tidak gopoh..Kegopohan yang menggoda dan membangkitkan nafsu.Adapun pabila berbicara,berkatalah dengan jelas sekadar yang perlu tanpa perlu tambahan
♥♥♥ HASIL TUAIAN SIFAT MALU ♥♥♥
'IFFAH iaitu menahan diri dari melakukan dosa dan kemungkaran.Barangsiapa yang mempungai sifat malu dan sehingga ia menguasai segala perbuatannya,maka beliau menjadi seorang yang 'AFIF,iaitu menjaga kehormatan dirinya dengan menjauhkan diri dari dosa dan kemungkaran.
'AL-WAFA iaitu menunaikan segala janjinya dengan Allah sebagai Tuhan pemeliharanya ( Rabb) sebagaimana masih di alam arwah.
Al - Ahnaf bin Qis berkata : ' Dua perkara yang tidak akan bersatu untuk selama-lamanya di dalam diri seseorang manusia itu : ( iaitu) dusta dan maruah. Maruah adalah hasil dari bersikap benar ( di dalam hati ,dilahirkan pada ucapan dan amalan ), al-wafa,sifat malu dan 'iffah .
♥ ^_^ Wahai ukhti tercinta...semoga kita dikurniakan sifat malu yang akan menghiasi diri... ^_^♥
No comments:
Post a Comment