SAHABAT


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

◦Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
◦Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
◦Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
◦Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
◦Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
◦Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
◦Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
◦Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
◦Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
◦Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
◦Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
◦Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
◦Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
◦Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment


ALHAMDULILLAH , JAZAAKALLAHU KHAIRA (: